Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Peribahasa

Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.

Bermaksud :

Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih.Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berĀ­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak);Tatabahasa28.08.2013
Ucapan alu-aluan untuk pegawai-pegawai kerajaanYang Berbahagia (Singkatan YBhg.) Yang Berhormat (YB) Sapaan Yang Berusaha digunakan apabila menyapa orang yang menganjur atau mengadalikan majlis atau pegawai kanan kerajaan yang belum menerima anugerah/bintang kebesaran. Dan pegawai kanan/tinggi kerajaan yang lebih tinggi lagi pangkatnya tetapi belum menerima anugerah/bintang kebesaran disapa sebagai Yang Amat Berusaha; dan Yang Dihormati : Boleh digunakan dalam sapaan kepada yang lebih tua, lebih mulia dan sebagainya.Istilah01.10.2013
Sharifah Nur Rasyidah Jul 8th, 10:51pm Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Apakah hukuman yang dikenakan oleh pihak DBP kepada pencemar bahasa? Mohon pencerahan lanjut daripada pihak tua. Terima kasih.Untuk makluman, sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.Lain-lain08.07.2014

Kembali ke atas