Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Peribahasa

Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.

Bermaksud :

Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unknownanuMatematikTiadaKuantiti tertentu yang belum diketahui nilainya. Sesuatu anu boleh diwakili dengan huruf atau simbol bergambar. Misalnya, u mewakili umur seorang budak lelaki dalam unit tahun dan kakaknya dua tahun lebih tua. Jadi umur kakaknya ialah (u + 2) tahun. Jika huruf u digantikan dengan simbol bergambar ⋆, jadi umur kakaknya ialah (⋆ + 2) tahun.
black heartteras hitamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian tengah batang kayu yang berwarna hitam atau coklat tua yang tidak normal yang terdapat pada setengah-setengah jenis kayu. Teras hitam menyerupai atau boleh menjadi sebahagian daripada teras kayu kerana kejadiannya belum lagi diketahui sepenuhnya, dan tidak semestinya berkaitan dengan pereputan.
anabasisanabasisKesusasteraanPuisiGaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ...

Kembali ke atas