Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi, sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
noncompetitive inhibitorperencat tak bersaing , penghalang tak bersaingPerubatanTiadaTiada
enzyme inhibitionperencatan enzimHerbaFitokimiaPencegahan sesuatu proses enzim yang disebabkan oleh saling tindakan antara zat tertentu dengan enzim. Perencatan enzim juga boleh bermaksud gangguan pada tahap enzim, yang pada asasnya merujuk kepada cara enzim itu bertindak sama ada perencatan bersaing, perencatan tak bersaing, perencatan bukan bersaing atau perencatan bersaing separa.
noncompetitive inhibitorperencat tak bersaingKimiaBiokimiaPerencat yang menyebabkan berlakunya perencatan tak bersaing dan biasanya mempunyai struktur yang tidak menyerupai substrat.
noncompetitive inhibitionperencatan tak bersaingKimiaBiokimiaPerencatan yang berlaku pada enzim apabila perencat bergabung dengan enzim bebas atau kompleks enzim-substrat dan menyebabkan perencat tidak bersaing dengan substrat.
two-party systemsistem dua partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal.
duopolyduapoliEkonomiTiadaPasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing.
strategic groupkumpulan strategikPengurusanPerancanganKelompok organisasi yang bersaing dalam industri, yang memiliki ciri-ciri produk atau perkhidmatan serta prestasi yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Kumpulan strategik ini perlu dikenal pasti bagi menentukan kedudukan sesebuah organisasi dan pesaing lain yang setanding dalam pasaran, dan menetapkan strategi yang bersesuaian mengikut kemampuan dan potensi pasaran. Contoh kumpulan strategik ialah bank-bank peruncitan yang bersaing dalam industri perbankan di Malaysia. Lihat juga pemetaan kumpulan strategik.
cost leadership strategystrategi kepimpinan kosPengurusanPerancanganStrategi yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk bersaing dalam pasaran melalui kelebihannya beroperasi secara cekap dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang setara dan tanpa memasukkan ciri-ciri tambahan yang kurang penting. Stategi ini membolehkan organisasi mengekalkan kos yang lebih rendah berbanding dengan pesaing lain dalam pasaran yang sama. Contohnya, syarikat penerbangan tambang murah yang berusaha untuk bersaing berdasarkan kos operasi yang terendah, tanpa menawarkan perkhidmatan sampingan seperti hiburan dan penyediaan makanan dan minuman dalam penerbangan.
competing contributionsumbangan bersaingKimiaTiadaTiada
competing equilibriumkeseimbangan bersaingKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas