Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : mengigau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : 1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacau
1. Bersinonim dengan kusut
( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur, kalut, tidak tersusun, tidak tertib, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kemas

2. Bersinonim dengan gaul
( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan gelisah
( bingung, buncah, rusuh hati, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenang

4. Bersinonim dengan huru-hara
( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh, tidak tenteram, tidak aman, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gedohoq[g«.dâ.hâÖ]kata namadapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah.Bila nak masak dodoi, lebeh baek guna gedohoq.[bi.lA nA/ mA.sA/ d.dj l«.beh bAe/ gu.nA g«.dâ.hâÖ]Apabila hendak mengacau dodol, lebih baik menggunakan dapur gedohoq.

Kembali ke atas