Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.tua] | توا٢

Definisi : 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tua (adjektif)
1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,

4. Dalam konteks buah
bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum,
Berantonim dengan muda

5. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, pekat,
Berantonim dengan muda

6. Dalam konteks emas
bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni,
Berantonim dengan lancung

Kata Terbitan : tua-tua,

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tua-tua kelapa,
     makin tua berminyak.

Bermaksud :

Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(75)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kok nai[ko/ nAj] berbual panjang dan meleret-leret antara lelaki dan perempuan; betonyeh.Jangan kok nai tak tentu pasal nanti orang tue marah.[dZA.NAn ko/ nAj tA/ t«n.tu pA.sAl nAn.ti o.ÄAN tu« mA.ÄAh]Jangan bercakap-cakap panjang dengan tidak tentu pasal nanti marah orang tua-tua.
candi[tSAn.di]kata adjektiftidak kekok melakukan sesuatu atau berhadapan dengan orang yang lebih tua atau tinggi kedudukannya.Candinye budak ni, becakap kat pentas pon boleh.[tSAn.di.ø« bu.dA/ ni b«.tSA.kAp kAt p«n.tAs pon bo.leh]Tidak kekok langsung budak ini, bercakap di atas pentas pun dia boleh.
kernyum[k«r.øum]kata adjektifberkenaan muka yang berkerut atau berkedut.Dahle tue, kernyum pulak, ade ati nak ngorat anak dare orang.[dAh.l« tu.w« k«r.øum pu.lA/ A.d« A.ti nA/ No.ÄAt A.nA/ dA.Ä« Sudah tua muka berkerut pula, ada hati hendak mengorat anak dara orang.
betatang[b«.tA.tAN]kata kerjaberdiri secara berderet-deret beramai-ramai dan tidak mahu duduk.Orang tue-tue dok kat belakang, awak dok betatang kat depan. Tak reti dudok ke?[o.ÄAN tu.w«.tu.w« do/ kAt b«.lA.kAN A.wA/ do/ b«.tA.tAN kAt Orang tua duduk di belakang, kamu semua berdiri di hadapan. Tidak tahu dudukkah?
dare gembo-gembo[dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] anak dara belasan tahun yang cantik.Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.[kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok.
telonop[t«.lo.nop]kata adjektifjahanam atau rosak pada sesuatu kerana perbuatan manusia, binatang, benda atau keadaan alam.Telonop basikal budak Ali, bile ade orang tue yang naek.[t«.lo.nop bA.si.kAl bu.dA/ A.li bi.l« A.d« o.ÄAN tu.w« jAN Rosak basikal Ali, apabila orang tua yang naik.

Kembali ke atas