Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : mengigau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.cau] | مڠاچاو

Definisi : 1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacau
1. Bersinonim dengan kusut
( bercampur aduk, tunggang-langgang, bercelaru, tidak teratur, kalut, tidak tersusun, tidak tertib, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kemas

2. Bersinonim dengan gaul
( karih, karau, aduk, baur, campur, kacuk, timbuk, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan gelisah
( bingung, buncah, rusuh hati, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenang

4. Bersinonim dengan huru-hara
( haru-biru, gempar, gawat, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh, tidak tenteram, tidak aman, )
(adjektif:)
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : berkacau, mengacau, mengacaukan, kekacauan, pengacau,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ?

1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air.

2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan.

3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia).

Tatabahasa04.05.2011
Tuan/Puan Harap Tuan/Puan dpt menyatakan ayat yg gramatis: 1A) Dekatkan sebatang magnet ke campuran itu. 1B) Dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu. Bahasa sasaran: A mixture is made up of two substances combined physically, for example, by stirring. Bahasa terjemahan: Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara tindakan mengacau. Adakah bahasa terjemahan dalam BM di atas betul? Terima kasih.1. Ayat yang gramatis ialah dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu.
2. Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara mengacau.
Tatabahasa11.07.2012
apa perkataan keratapi di eja dalam dua perkataan kereta apa. 2. apa maksud menganduk dalam bahasa Melayu. 3. banyak itu boleh tak digunakan pada orang.1. Dieja sebagai kereta api (dua perkataan). 2. Perkataan yang betul ialah mengaduk, bukan menganduk. Ia membawa makna mengacau atau mengarau. Kata dasarnya ialah aduk. 3. Banyak boleh digunakan untuk menunjukkan bilangan orang yang ramai.Ejaan28.08.2006
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung

1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang

2. merundung bermaksud  mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini.

Tatabahasa02.10.2011
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah?Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa18.02.2012
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih.

1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk.

3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih.    

Tatabahasa12.04.2010

Kembali ke atas