[me.nga.cau] | مڠاچاو
Definisi : 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nga.cau] | مڠاچاو
Definisi : mengigau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nga.cau] | مڠاچاو
Definisi : 1 membancuh atau menggaul sesuatu sampai bercampur betul; mengaduk: Bapa menolong emak ~ dodol. 2 menimbulkan huru-hara; mengharukan (negeri); mengganggu keamanan dll: Negeri Melaka sedang dikacau pencuri. 3 menyebabkan fikiran (perasaan dll) menjadi tidak tenteram; mengusutkan: Kenangan itu sering ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)