Tua-tua pergi memukat, Dapat dipukat ikan kilat; Semua kerja harus muafakat, Udara bersih rakyat sihat. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Tua bukan sebarang tua, Tua umur badanlah bongkok; Tuah bukan sebarang tuah, Tuah bersyukur imannya elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukan kuah sebarang kuah, Kuah berempah dijamin enak; Bukan tua sebarang tua, Tua kelapa makin berminyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Untuk apa membeli kuda, Kaki kuda pandai melompat; Untuk apa berlaki tua, Laki tua pandai memanjat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daripada udang elok belida, Kerana belida rasanya lemak; Daripada bujang eloklah tua, Kerana tua duitnya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |