Kurik Kundi Merah Saga | Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tua beraga-raga, Pinang muda lebihlah lagi; Orang tua ngada-ngada, Orang muda lebihlah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang tua pandai menilik, Singgah bermalam di Kampung Cina; Kalau asal buah yang baik, Mengkal masak manis rasanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gajah tua gadingnya bengkok, Masuk ke dusun mati ditembak; Sungguh baja gemukkan pokok, Kalau tak air kurus jugak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju Pak Tua kusut lengan, Ageh bersiar keduanya; Bertemu jalan dengan tunangan, Gelak melengah keduanya. |