Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.saing] | برساءيڠ

Definisi : 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi, sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,

Peribahasa

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/evolutionMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Evolusi Dasar Luar MalaysiaPada asasnya, dasar luar negara kita perlu diorientasikan supaya tumpuan yang lebih besar dapat diberikan kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu, semasa kita menghasilkan khususnya bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya segelintir negara. Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali berusaha lebih keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari pasaran baru untuk barangan dan perkhidmatan kita. Kita perlu mencari dara baru untuk berurus niaga dengan negara luar. Kita perlu mencari bidang yang memberikan kelebihan Highlighter.aspx?DocId=70&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=5cb+5e0+

Kembali ke atas