Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyai.ngi] | مڽاءيڠي

Definisi : mengikut serta; mengiringi: Ketika sam­pai di simpang itu, banyak orang yg ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi, sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I).
splinter partyparti serpihanSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977.
deprivationpenafianSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan.
counter culturebudaya sainganSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini.

Kembali ke atas